Artikel ini ditulis khusus kepada anda di luar sana yang mungkin mahu terjun ke dunia Internet Marketing (IM). Mungkin sebelum ini anda memegang posisi sebagai pekerja swasta atau penjawat awam dan mempunyai gaji bulanan tetap yang anda terima daripada majikan.
Sekiranya anda bercadang untuk mencari pendapatan tambahan melalui internet, suka untuk saya berikan beberapa tips mudah untuk anda baca sebelum anda memulakan langkah anda dengan lebih jauh dalam bidang ini. Saya tidak nafikan bahawa hari ini agak ramai mereka yang makan gaji namun pada masa yang sama dapat meraih wang dari internet secara sambilan.
Mereka mungkin menjual produk orang lain atau pun menggunakan blog untuk buat duit melalui adsense atau nuffnang. Tahniah kepada mereka yang berjaya dan jika anda juga mahu meraih pendapatan dari internet sama seperti mereka, teliti dahulu beberapa perkara berikut sebelum anda mahu mengambil keputusan:
1. Ubah minda kepada seorang usahawan
Jika anda mahu terjun ke dalam dunia keusahawanan internet sebagai orang makan gaji, maka anda sebenarnya cuba untuk membuka ruang yang tidak betul pada langkah pertama. Ini ramai terjadi kepada para newbie yang mahu bermula.
Usah tertipu dengan kejayaan orang lain. Mereka menawarkan anda untuk menghadiri bengkel, membeli ebook mereka atau belajar itu dan ini dan anda di janjikan akan meraih pendapatan minima 4 angka sebulan. Benar ia boleh berlaku jika anda berusaha dengan bersungguh-sungguh. Namun begitu, ketahuilah dunia IM sama seperti bisnes yang lain. Anda perlu bersabar, buat dengan tekun dan konsisten dengan setiap kerja yang anda lakukan.
Jika anda merasakan buat duit online seperti skim cepat kaya,labur dan biarkan wang tersebut beranak dengan sendiri maka IM bukanlah untuk anda. Seorang yang makan gaji pasti akan menerima pendapatan pada setiap bulan. Namun dalam dunia IM, anda akan dapat atas apa yang anda usahakan dengan izin Allah jua.
Katakan anda mampu meraih wang USD2,000 dari sebuah blog, jika usaha lebih anda akan dapat USD4,000 untuk 2 buah blog. Ada waktunya anda akan berdepan dengan isu masalah dengan system pemasaran yang sering berubah-ubah. Ada sesetengah waktu itu , income anda mungkin akan turun secara mendadak. Maka anda perlu bersedia dengan mind set seorang usahawan.
2. Memilih bidang yang anda minat
Dalam dunia IM sebenarnya banyak cabang yang boleh anda terokai. Sebut sahaja untuk belajar tentang computer, anda perlu pilih cabang mana yang anda minat. Contohnya jika anda minat dalam membangunkan software, anda boleh belajar tentang programming. Jika anda suka dengan bahagian design, maka anda boleh belajar tentang cara-cara untuk design web dan blog. Begitu juga dalam dunia IM. Ada yang berminat dengan blogging, ada pula yang minat dengan menjual produk orang lain, ada yang tahu buat produk sendiri ada juga yang lebih suka menawarkan service.
Maka pilih satu cabang yang anda minat dan fokus untuk belajar ilmunya. Contoh jika anda mahu memasarkan produk orang lain, maka anda boleh fokus kepada model bisnes affiliate dan juga dropship. Cari ebook atau hadirkan diri ke mana-mana bengkel yang boleh membantu anda untuk belajar ilmu yang betul.
3. Wajib menuntut ilmu
Mengapa saya letak perkataan wajib? Ini kerana hari ini ramai orang yang mahu berjaya buat duit melalui internet namun mereka tidak mahu untuk mencari ilmu tersebut dari sumber yang betul. Mungkin mereka suka berjimat daripada melaburkan wang untuk belajar dan apa yang mereka lakukan ialah try and error. Try and error tidak salah dan itu menunjukkan anda seorang yang rajin. Namun jika usaha anda tidak betul ia hanya buang masa dan tenaga anda, akhirnya anda akan berasa kecewa.
Oleh itu, carilah guru yang tepat dan di yakini punya kredibiliti dalam satu-satu ilmu dan lihat jadual seminar yang mereka anjurkan. Biasanya mereka mengadakan seminar di hujung minggu di mana anda pasti berpeluang untuk meluangkan sedikit masa untuk pergi belajar.
4. Rajin dan konsisten
Untuk melihat hasil yang anda akan tuai setelah mencuba, berikan tempoh minima sehingga 6 bulan pada diri anda. InsyaAllah jika anda belajar dari orang yang betul dan take action dengan penuh konsisten, anda akan berjaya buat duit online. Silap haribulan anda buat keputusan untuk berhenti kerja kerana income online anda berkali-kali ganda lebih besar dari makan gaji.
Jadi kepada anda yang berniat untuk berada di dunia IM ini, bersiap sedia untuk menghadapi sebarang hal. Usah terlalu teruja dengan paparan income yang anda lihat terpapar di sales page atau yang di share di facebook oleh IM yang lain. Mereka mungkin berkongsi hal yang manis kepada anda, namun, pahit jerih yang terpaksa mereka tempuhi, hanya mereka saja yang tahu.
Jika anda bersedia, ayuh ambil langkah untuk menjadi IM yang berjaya. Kami doakan anda juga akan berjaya dengan cemerlang satu hari nanti.
No comments:
Post a Comment