My QR Code

QRCode

10 October 2014

4 Tips Menulis “Artikel Review” Yang Menghasilkan Duit!


Artikel review. Ini adalah satu kuasa yang mungkin anda tidak tahu. Dengan adanya artikel review, anda mampu untuk “menembak” banyak peluang bagi menjana wang melalui internet.

Mengapa? Baiklah, cuba anda pergi ke laman fiverr.com. Kebanyakan top seller di sana datangnya dari mereka yang mahir dalam menulis artikel apalagi artikel review. Jika anda lihat di pasaran internet juga, amat banyak sekali service menulis artikel di bangunkan.
Usahawan internet hari ini bagaikan dahaga untuk mendapatkan artikel review. Mengapa artikel review? Dengan adanya artikel review, anda boleh buat  duit dengan adsense, affiliate dan sebagainya.

Apakah bentuk review yang boleh anda tulis?


Sebagai contoh, amazon ada menyenaraikan banyak produk elektronik. Clickbank banyak menawarkan ebok dan produk digital berbentuk DVD, rakaman videos samada dalam kategori IM, kesihatan dan lain-lain. Tabiat pembeli online hari ini, mereka gemar untuk membaca artikel review terlebih dahulu di internet sebelum membeli.
Maka, untuk anda memancing para pembeli untuk membeli (sudah tentu membeli dari link affiliate anda), di sinilah wujudnya kepentingan artikel review untuk anda. Artikel ini saya tulis agar dapat membantu anda bagi menghasikan artikel review anda sendiri.

Tips 1 – Buat Pendahuluan, Terangkan Tentang Produk

Untuk pendahuluan, anda perlu terangkan secara ringkas tentang produk yang mahu anda review. Walaupun penerangan sudah di berikan melalui laman jualan, namun tiada salahnya anda memberikan sedikit intro untuk artikel review anda. Pendahuluan tidak perlu terlalu panjang, cukup sahaja menerangkan apa itu produk XX. Mudah bukan? Baiklah, jom kita ke langkah/tips ke dua.

Tips 2 – Siapa Founder/Penulis/Pencipta

Produk bagus namun penjualnya pula tiada siapa yang tahu. Awas dengan scammer! Oleh itu penting untuk anda tulis dalam artikel review anda siapa dia pencipta produk tersebut. Jika dia punya akaun twitter atau facebook, masukkan link akaun tersebut ke dalam artikel review anda.
Dengan adanya penerangan ringkas tentang siapa penulis dan pencipta produk yang anda mahu review, ia akan menambah keyakinan kepada si pembeli bahawa penjual tersebut amat di yakini seorang yang professional. Sebagai contoh, anda mahu review tentang seminar facebook tuan XX. Terangkan secara ringkas siapa Tuan XX, apa ebook beliau yang pernah meletop sebelum ini.
Jika anda banyak bercerita soal produk tanpa berkongsi tentang kredibiliti pencipta produk, artikel kelihatan sedikit longgar. Ini kerana pembeli hari ini amat berhati-hati dalam soal membeli. Artikel “mengampu” tanpa bukti kukuh bahawa ia bukan scam, tetap juga di elak oleh para pembaca.

Tips 3- Tulis Kelebihan

Jika boleh, hubungi seller untuk dapat test percuma samada produk dalam bentuk fizikal atau digital. Jika tiada tawaran untuk itu, maka anda boleh ambil point di laman jualan.
Di sini, anda boleh menyentuh review secara “ringan” terlebih dahulu. Sebagai contoh, “Ebook XX mempunyai 5 bab dan semua bab merangkumi ………”
“Ebook XX juga di muatkan beberapa template percuma untuk kegunaan anda”.
Kemudian, barulah anda menyentuh soal kelebihan dari segi saluran maklumat pula. Sebagai contoh, “Ebook XX amat berguna untuk membantu melakukan pemasaran melalui facebook ads. Jika dahulu kita mengalami masalah untuk mendapatkan banyak like, responder dan pembeli, namun banyak tip dan tricks dari ebook XX dapat membimbing anda untuk menyelesaikannya dengan kos bawah RM10.00”
Apabila anda menulis banyak masalah dan pada masa yang sama menyenaraikan banyak penyelesaian yang bakal di beri oleh produk tersebut, maka ia akan menambahkan keyakinan pembaca untuk membeli.

Tips 4 – Jujur Apabila Bercakap Soal Kelemahan

Ini adalah antara senjata yang boleh anda pancing melalui artikel review anda. Inilah juga antara cara yang selalu di gunakan oleh pakar affiliate. Sebagai contoh anda boleh tulis begini, “Produk XX memang bagus untuk membantu anda bagi melakukan pemasaran melalui facebook ads, namun ia seperti kurang lengkap jika tidak di sertakan dengan elemen AAA. Elemen AAA adalah cara percuma untuk anda mencari prospek untuk pasaran Malaysia dan luar Negara. Cuba anda bayangkan, jika anda gabungkan teknik produk XX dan elemn AAA, jualan anda pasti meletop-letop!”
Maka dengan itu, anda boleh terus memancing para pembaca untuk membeli melalui link affiliate anda. Anda perlu menyediakan free gift sebagai pelengkap kepada produk yang anda review. InsyaAllah, ia akan berhasil.

Kesimpulannya.. Anda boleh cuba untuk menulis artikel review produk anda dahulu. Lihat apa yang ada di pasaran untuk anda promosikan melalui artikel. Masukkan artikel ke blogspot dan ping ke busuk, post ke facebook atau twitter.
Lakukan ia secara istiqamah, akan datang ia akan berada di ranking yang baik di SEO maka di situ insyaAllah sales affiliate anda juga akan makin bertambah.
Selamat mencuba!

Sumber: WangCyber


No comments:

Post a Comment