My QR Code

QRCode

28 October 2014

Sedikit perkongsian.....7 Tips Membeli Online Agar Tidak Tertipu




Semakin hari, semakin ramai orang yang membeli barang di internet. Ianya lebih mudah, jimat dan
senang. Namun, kadangkala, kita ada terdengar juga berita-berita tentang pembeli yang membeli barang di internet, tidak menerima barang mereka setelah berbulan-bulan, malah ada juga kes, pembeli membeli produk lain di internet, tetapi apa yang sampai kepada pembeli, hanyalah seketul batu. Berita sebegini memang kurang enak untuk didengari malah akan menyebabkan orang ramai menjadi takut untuk membeli secara online. Maklumlah, penipu memang ada di mana-mana sahaja, kita mungkin tidak boleh menghapuskannya, tetapi, insyallah, kita boleh cuba mengelakkan diri daripada menjadi mangsanya.
Oleh itu, artikel kali ini di tulis untuk memberikan anda tips tentang bagaimana membeli produk di internet dan bagaimana untuk meneliti sesuatu website atau penjual online sebelum anda membuat apa-apa urusan jualbeli dengan mereka.


Tips 1 : Lihat Website Jualan Mereka

Sekiranya anda memilih untuk membeli melalui website persendirian, lihat website tersebut. Jika website
tersebut seperti sebuah website yang belum siap dan terdapat banyak link yang tidak boleh dibuka, anda harus berfikir banyak kali untuk membeli. Mungkin pemiliknya masih lagi dalam proses menyiapkan websitenyya, atau mungkin juga website tersebut sudah tidak dipedulikan oleh pemiliknya.




Tips 2 : Cuba Hubungi Penjual


Ini tips yang paling mudah dan berkesan. Cari maklumat “contact” di website tersebut dan cuba hubungi mereka. Sama ada menerusi email, telefon ataupun sms.
Tanyakan apa-apa soalan kepada mereka berkaitan dengan produk mereka.
Jika mereka memberikan maklumbalas, itu satu tanda bahawa perniagaan mereka masih aktif dan
berjalan. Jika tiada maklumblas setelah seminggu, ada kemungkinan mereka sudah tidak lagi aktif dan sudah tidak menjalankan perniagaan lagi.

Tips 3 : Dapatkan Review

Tanya rakan-rakan anda di facebook, ataupun orang lain di mana-mana forum samada mereka pernah
mempunyai pengalaman membeli dari website tersebut. Jika OK, maka anda mungkin boleh meneruskan proses pembelian anda.

Tips 4 : Lihat Feedback

Jika anda ingin membeli dari website ebay  atau lelong sebagai contoh, ia lebih mudah buat anda kerana anda boleh melihat feedback pembeli-pembeli sebelumnya. Jika banyak komen positif yang diberikan, maka itu bermakna penjual tersebut boleh dipercayai dan insyallah urusan pembelian anda juga mungkin akan berjaya dilakukan tanpa sebarang masalah.

Tips 5 : Semak di Facebook

Cara paling mudah untuk mengetahui sama ada website tersebut masih beroperasi atau tidak, anda boleh cuba lihat halaman fanpage mereka. Pada kebiasaannya, kebanyakkan website penjual akan linkkan website mereka dengan fanpage mereka. Jadi, cuba lihat fanpage tersebut, adakah fanpage mereka masih dikemaskini atau sudah lama tidak dikemaskini.
Selain itu, and ajuga boleh lihat komen-komen dari pelanggan yang sedia ada di fanpage tersebut.
Pelanggan yang tidak berpuashati, selalunya akan cenderung untuk meninggalkan komen yang negatif ataupun kmen yang bertanyakan tentang status pembelian mereka di fanpage.

Tips 6 : Hati-hati Dengan Harga Yang Terlalu Murah

Ini sering berlaku kepada produk-produk yang berbentuk “gadjet”. Jika anda melihat harga produk tersebut terlalu murah dari harga pasaran, mungkin ada sesuatu yang tidak kena.
Mungkin produk tersebut sebenarnya adalah produk klon, atau mungkin, sebenarnya produk tersebut
memang tidak wujud dan penjual tersebut memang semata-mata mahu menipu. Sebaik sahaja anda
membuat bayaran kepada mereka, mereka akan menghilangkan diri, tidak dapat dihubungi dan anda tidak akan terima sebarang produk dari mereka.
Bagi penipu yang sedikit advance,  mereka akan tetap poskan barang kepada anda dan memberikan
anda kod tracking pos laju, tetapi apabila ianya sampai kepada anda, ianya hanya seketul batu atau
sampah

Tips 7 : Simpan Semua Bukti Pembelian, Sms dan Email

Jika anda tertipu dan ingin membuat laporan polis, semua bukti-bukti ini adalah penting dan boleh anda kemukakan kepada pihak polis.
Jadi, simpan semua rekod yang ada, sama ada email-email yang anda hantar dan terima dari penjual,
mahupun rekod-rekod perbualan anda di SMS dengan pihak  penjual.
Begitu juga dengan bukti pembayaran dan transaksi online, pastikan anda menyimpan rekod bagi setiap transaki bayaran yang anda jalankan.



No comments:

Post a Comment